Managing staff bukan suatu pekerjaan yang mudah.
Amat sukar bila saya jenis suka mengalah dan tak suka memanjangkan cerita. Biasa ditelan ,dibiar berlalu begitu saja..
Bukan mudah juga mahu memberhentikan staff. Kejadian pertama membabitkan branding. Itu saya nekad.
Kejadian kedua pula ialah kerana tiada siapa mahu menyimpan 'dia' lagi. Aduh, dilema sangat masatu. Tapi alhamdulillah Tuhan memudahkan perjalananan. Bos-bos saya terima panggilan dari future employer 'dia' untuk background checking 'dia'. So semua sepakat nak kasi respond baiikkk punya dengan harapan 'dia' diterima cepat. Bertambah lama disini, bertambah pening kami semua. Haih.
Maybe 'dia' menyangka sebaliknya. Tapi takpelah, biar kami je yang tahu...
Yang penting kami tak menyekat rezeki seseorang... kan?
Bukan mudah kan nak jadi majikan ni?
Kadang tak boleh terlalu lembut nanti dipijak. Tak boleh terlalu garang nanti dibenci. Tak boleh terlalu berlawak nanti tak dihormati.
Haih.
Bukan mudah....memang tak mudah.